 |
| Log Masuk |  |
| Menu Utama |  |
| Carian Anda |  |
| Tajuk Pilihan |  |
| Kotak Jerit |  |
| Ahli Dalam Talian |  |
| Waktu Solat |  |
| Hits Laman |  |
Page View Laman Ini..
0532254 bagi versi 8 mulai pada 1 September 2010 |
Hits
Purata Hits
| · 1Jam |
25 |
| · 1Hari |
364 |
| · 1Bulan |
11,089 |
| · 1Tahun |
133,064 |
Masa Server
| · Jam |
19:19:05 |
| · Tarikh |
20 Jun 2013 |
| · Zon Masa |
+0800 |
| |
|  |
" SAHSIAH TERPUJI KECEMERLANGAN LESTARI "
|
|
SEHARI SATU AYAT (Klik dan Dengar)
Ayat al Quran pada hari ini ialah dari Surah ke-9. Ayat 35 . (Iaitu) pada hari dibakar emas dan perak itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengan dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
[At-Tauba:35]
|
|
 | Terkini HARI GURU DESSO MERIAH |
 KHAMIS, 16 MEI 2013 - Hari Guru disambut meriah di DESSO hari ini dengan selingan acara pentas dan sukaneka.
Acara sambutan bermula dengan bacaan Surah Yasin, tahlil, dan solat hajat di Pusat Islam DESSO, sebelum semua guru dan kakitangan sekolah menikmati sarapan pagi beramai-ramai.

Dalam majlis perasmian yang dijalankan di Dewan Warisan, Pengetua Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail membacakan Perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Saudara Mohd Suhairie bin Mazlan, Ketua Pelajar, menyampaikan ucapan mewakili pelajar DESSO. Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md. Zain bin Muda merasmikan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, selepas ucapan alu-aluan daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Semua guru melafazkan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Encik Ruslan bin Haji Ismail, diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru 2013. Dalam majlis itu juga, diadakan acara memotong kek Hari Guru dan kek hari ulang tahun kelahiran Pengetua yang jatuh pada hari ini,
Guru dan pelajar kemudiannya menyertai 10 acara sukaneka, sebelum kembali berkumpuil di Dewan Warisan bagi mengikuti persembahan pentas yang disertai oleh pelajar. Beberapa hadiah khas turut disampaikan kepada guru.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Thursday, 16 May 2013 (43 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini TAMAT SUAI KENAL PRA-U BAWAH |
 RABU, 15 MEI 2013 - Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal Pelajar Prauniversiti Bawah 2013 disempurnakan hari ini di Dewan Warisan DESSO.
Majlis diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu SMKSO Cemerlang, dan lagu tema Persatuan Prauniversiti, di samping persembahan lagu daripada pelajar Pra-U Bawah.
Minggu Suai Kenal diadakan semenjak 9 Mei 2013, selepas pelajar tersebut mendaftarkan diri pada 8 Mei 2013.

Menurut Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mazlan bin Mohd, jumlah pelajar yang mendaftar pada tahun ini merosot berbanding dengan tahun lepas. Sehingga Minggu Suai Kenal ditamatkan, hanya 56 orang pelajar mendaftar.
Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md. Zain bin Muda menegaskan bahawa tingkatan enam merupakan saluran utama pelajar untuk memasuki institusi pendidikan tinggi awam, dan lepasan tingkatan enam merupakan golongan yang berkualiti di universiti. Beliau berharap agar pelajar mengubah budaya belajar, dan meletakkan diri sebagai pelajar yang dihormati dan menjadi contoh bagi pelajar lain di DESSO.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Wednesday, 15 May 2013 (44 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini MAJLIS TAKLIF YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU DI DESSO |
 ISNIN, 29 APRIL 2013 - Pelajar tingkatan tiga mengikuti Program Kecemerlangan dan Pembangunan Sahsiah Diri yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, dan Projek Kecemerlangan PMR,
Program yang dinamai "Majlis Taklif" dengan tema "Saya Anak Terengganu" yang dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md. Zain bin Muda itu turut disertai oleh beberapa orang ibu bapa pelajar tingkatan tiga.

Inti majlis itu ialah penyerahan tanggungjawab atau taklif daripada ibu bapa kepada pelajar. Ibu bapa membacakan ikrar penyerahan dan pelajar akan melafazkan ikrar penerimaan dengan berpegangan tangan. DESSO adalah antara 40 buah sekolah menengah di Terengganu yang terpilih dalam program berkenaan..
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Monday, 29 April 2013 (69 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini PERTANDINGAN ROKET AIR DI PADANG DESSO |
 SELASA, 23 APRIL 2013 - Pelajar DESSO menyertai Pertandingan Melancarkan Roket Air yang diadakan di padang sekolah hari ini.
Pertandingan yang diadakan dari pagi hingga petang itu menampilkan penyertaan 42 kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh dua orang pelajar.
Pertandigan melibatkan kategori sasaran dan kategori paracut. Dalam kategori sasaran, roket yang dilancarkan perlu mendarat paling hampir dengan tiang bendera yang berjarak 100 meter dari tempat pelancaran. Sementara itu, bagi kategori paracut, peserta yang paracutnya terbang paling lama dikira sebagai pemenang.
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar.

|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Tuesday, 23 April 2013 (57 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini PELAJAR TERIMA KOMPUTER RIBA 1 MALAYSIA SIRI KETIGA |
 AHAD, 21 APRIL 2013 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerahkan 380 buah komputer riba 1 Malaysia Siri Ketiga kepada pelajar sekolah menengah seluruh kawasan Parlimen Dungun pada petang ini.
Daripada jumlah tersebut, 98 orang pelajar DESSO yang layak turut menerima komputer riba tersebut dalam majlis ringkas di Dewan Warisan DESSO.
Pelajar yang layak menerima komputer riba 1 Malaysia ialah yang pendapatan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 ke bawah. Walau bagaimanapun, satu keluarga layak menerima sebuah komputer sahaja.

|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Sunday, 21 April 2013 (72 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini TUJUH ORANG CALON SPM 2012 RAIH SEMUA A |
 KHAMIS, 21 MAC 2013 - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini mencetuskan kebanggaan bagi warga SMK Sultan Omar dengan pencapaian 86.6%, menjadikan sekolah harian terbaik di daerah Dungun. Dari segi mutu, tujuh orang calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil, mengatasi pencapaian 2011 yang hanya mencatatkan dua orang calon sahaja yang memperoleh semua A.
Yong Ying Shuang yang memperoleh 8A+ dan 2A menjadi pelajar terbaik , di samping Tan Yu Lian (5A+ dan 5A), Azlini binti Mat Ali (5A+ dan 4A), Chong Poh Hong (5A+, 3A, dan 2A-), Ismi Alina Zafirah binti Ibrahim (4A+, 3A, dan 2A-), Fadzillah Aishah binti Fadzil Suhaimi (3A+, 5A, dan 1A-), dan Kong Shin Peng (2A+, 6A, dan 2A-).

SMKSO mengemukakan 224 orang calon dalam peperiksaan tersebut. Daripada jumlah itu, 95 orang calon (42.04%) lulus dalam semua mata pelajaran, dan tiada calon yang gagal dalam semua mata pelajaran. Jumlah calon yang layak mendapat sijil ialah 194 orang (85.84%).
SMKSO juga mencatatkan peningkatan dari segi gred purata, dengan memperoleh 5.62, berbanding dengan pencapaian 5.65 pada tahun 2011.
Kesemua calon cemerlang tersebut menerima slip keputusan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail di Dewan Warisan dalam satu majlis khas, sebelum rakan-rakan lain menerima keputusan mereka daripada guru tingkatan masing-masing di tempat yang sama.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Saturday, 30 March 2013 (50 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini MOHD HANIFF PELAJAR TERBAIK STPM 2012 |
 ISNIN, 18 MAC 2013 - Penantian 58 orang calon STPM Sistem Lama (Terminal) 2012 berakhir apabila keputusan peperiksaan awam tersebut diumumkan hari ini.
Mohd Haniff bin Mat Amin muncul sebagai pelajar terbaik STPM 2012 dengan memperoleh 2A, !B+ dan 1B-, dengan gred puratanya 3.50, diikuti oleh Mohd Azli bin Sidek yang memperoleh 2A-, 1B+ dan 1B, dengan gred purata 3.41. Nurul Shahirah binti Mohamad pula mendapat 2A-, 1B+ dan 1B- dengan gred purata 3.33.

Lima orang calon lain yang memperoleh gred purata 3.00 ke atas ialah Rusyhidah binti Abd. Kadir, Aimi Nazirah binti Adnan, Nor Fadhillah binti Haimi, Nurul Nabilah binti Che Mohd Ruslam, dan Nurul Aina binti Mat.
Kelapan-lapan orang calon cemerlang itu menerima penyata keputusan masing-masing daripada Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md Zain bin Muda dalam majlis ringkas di Bilik Mesyuarat Gemilang.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Monday, 18 March 2013 (69 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini PELAJAR PRA-U MENERIMA BB1M |
 SABTU, 6 MAC 2013 - Pelajar Pra-U Atas DESSO hari ini menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dalam majlis bersempena dengan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-36.
Seramai 62 orang pelajar Tingkatan 6 Atas itu menerima baucar yang bernilai RM250.00 setiap orang yang disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Abdullah bin Jusoh selepas perasmian mesyuarat agung yang disempurnakan oleh Dato' Wira Haji Rosli bin Mat Hassan, Pegawai Pembangunan DUN Sura, Dungun.

Dalam ucapan alu-aluan, Pengetua Cemerlang DESSO, Tuan Haji Md Zain bin Muda meminta pelajar prauniversiti agar menggunakan pemberian kerajaan itu dengan betul dan sebaik-baiknya demi meningkatkan pencapaian pelajaran masing-masing.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Saturday, 16 March 2013 (63 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini JAWATANKUASA PIBG DIKEKALKAN |
 SABTU, 16 MAC 2013 - Ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Ke-36 DESSO mulai 2:00 petang tadi membuat keputusan sebulat suara untuk mengekalkan Tuan Haji Muhammad bin Jusoh sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2013/2014.
Selain mengekalkan Yang Dipertua, ibu bapa juga turut mengekalkan Naib Yang Dipertua, Dato' Seri Mau Yon Seong, serta semua ahli jawatankuasa daripada kalangan ibu bapa bagi mengemudi sesi yang sama.

Mesyuarat kali ini yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dato' Wira Haji Rosli bin Mat Hassan, Pegawai Pembangunan DUN Sura, dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Fadzillah bin Mohd Ibrahim dari Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, juga menyampaikan sijil penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa 2012/2013.Selain mengikuti mesyuarat agung PIBG, ibu bapa juga menerima slip TOV anak masing-masing semasa pendaftaran.
Dalam majlis itu juga, 62 orang pelajar prauniversiti menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) bernilai RM250.00 setiap seorang, yang disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua PIBG.
Selepas mesyuarat agung, ibu bapa dan guru yang memenangi cabutan bertuah membawa pulang hamper yang disumbangkan oleh pelbagai pihak untuk memeriahkan mesyuarat agung ini.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Saturday, 16 March 2013 (61 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini ATLET DESSO MEMBUAT KEJUTAN BESAR KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD DUNGUN KE-44 |
 KHAMIS, 14 MAC 2013 - Kontinjen olahraga DESSO hampir mencipta kejutan besar dalam Kejohanan Olahraga MSSD Dungun Kali Ke-44 yang berlangsung di balapan dan padang DESSO pada hari terakhir petang ini. Walau bagaimanapun, musuh tradisi DESSO dalam kejohanan tahunan ini, terus unggul sebagai juara keseluruhan dengan kelebihan dua pingat emas. Kontinjen DESSO yang memungut sembilan pingat emas pada hari ketiga kejohanan semalam, mempamerkan peningkatan yang mengagumkan apabila memungut emas demi emas sehingga hanya ketinggalan sebutir pingat itu ketika kejohanan berhenti rehat pada tengah hari tadi. Dalam persaingan yang bersambung pada petang tadi, atlet 4X400 meter kategori lelaki dan perempuan 15 tahun masing-masing memungut emas dengan rekod baharu kejohanan. Namun demikian, SMK Paka mengesahkan kejayaannya mengekalkan kejuaraan apabila atlet 4X400 meter kategori lelaki 18 memenangi pingat emas terakhirnya, menyebabkan DESSO berpuas hati dengan 15 pingat emas dan menduduki tempat kedua. 
Selain kejayaan berganda berbanding dengan pencapaian tahun lalu, atlet DESSO turut dianugerahi tiga buah piala pusingan, iaitu bagi kategori Peserta Terbaik Perempuan Keseluruhan, Peserta Terbaik Lelaki Keseluruhan, dan Peserta Terbaik Perempuan 15 Tahun. Atlet DESSO juga meraih penghargaan Peserta Terbaik Keseluruhan Perempuan, Peserta Terbaik Keseluruhan Lelaki, dan Peserta Terbaik Perempuan 18. Kejohanan yang bermula pada 11 Mac lalu itu dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Encik Idris bin Bidin.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Thursday, 14 March 2013 (76 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
Arkib Artikel
| Thursday, March 14 | | · | AKU AZAM PELAJAR PRA-U |
| Tuesday, March 05 | | · | PELAJAR SPM MENDAKAP IMPIAN |
| · | PELANCARAN NILAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS |
| Wednesday, February 20 | | · | PELAJAR PMR MENGEJAR IMPIAN |
| · | PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR |
| Thursday, January 31 | | · | RUMAH HARIMAU JUARA MERENTAS DESA |
| Tuesday, January 29 | | · | RM124 RIBU WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN DIAGIHKAN |
| Monday, January 28 | | · | HADIAH BASIKAL KEPADA JOHAN MERENTAS DESA |
| Sunday, January 27 | | · | BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN AKAN DIAGIHKAN 29 JANUARI INI |
| Wednesday, January 23 | | · | GURU DESSO TERIMA ANUGERAH GURU UNGGUL EXXONMOBIL |
| Thursday, January 17 | | · | CIKGU NOOR AZAM BERSARA |
| Tuesday, January 15 | | · | AKTIVITI KOKURIKULUM 2013 BERMULA |
| Tuesday, January 08 | | · | SELAMAT DATANG, PENGETUA BAHARU |
| · | SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BAHARU, CIKGU MAN |
| Thursday, January 03 | | · | MAJLIS TERAKHIR ENCIK ABDUL RAHMAN BERSAMA DENGAN PELAJAR DESSO |
| Wednesday, January 02 | | · | DESSO MENERIMA PENGETUA BAHARU |
| Wednesday, December 19 | | · | PERATUS LULUS 8A MENINGKAT |
| Tuesday, December 11 | | · | PENGETUA MENDAPAT TAULIAH MASTER TRAINER |
| Tuesday, October 30 | | · | MAJLIS APRESIASI DAN PENGANUGERAHAN KOKURIKULUM |
| Wednesday, October 10 | | · | PUSAT ISLAM DESSO MENGAGUMKAN PANEL PENILAI |
| Wednesday, October 03 | | · | PSS LANCAR PROGRAM 1 BUKU 1 KELUARGA |
| Tuesday, October 02 | | · | PELAJAR IKUTI KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM |
| Thursday, September 27 | | · | DESSO MEMENANGI JOHAN PERSEMBAHAN KONVENSYEN USAHAWAN MUDA TERENGGANU |
| Wednesday, September 26 | | · | PERALIHAN KEPIMPINAN PERSATUAN PRA-U |
| Sunday, September 23 | | · | KELAS PREMIER TERIMA ANUGERAH KUALITI |
| Friday, September 21 | | · | MOTIVASI SAHSIAH MENJELANG PEPERIKSAAN |
| Wednesday, September 19 | | · | RUSHYIDAH PELAJAR CEMERLANG PERCUBAAN STPM DESSO |
| Tuesday, September 18 | | · | HARI PENGGUNA DESSO |
| Saturday, September 08 | | · | WARGA DESSO BERAIDILFITRI HARI INI |
| Sunday, September 02 | | · | SELAMAT MENJADI WARGA IPTA |
| Wednesday, August 29 | | · | PENGETUA DINILAI UNTUK JUSA C |
| Sunday, August 12 | | · | KHATAM QURAN DAN BERBUKA PUASA |
| Thursday, July 19 | | · | WIRA SUKMA DESSO DIRAIKAN |
| Thursday, July 12 | | · | TEMU MESRA DENGAN IBU BAPA PELAJAR HARAPAN |
| Wednesday, June 27 | | · | FESTIVAL BERMULA |
| Thursday, June 21 | | · | MENJELANG FESTIVAL PENDIDIKAN DESSO 2012 |
| Tuesday, March 27 | | · | TUAN RUMAH TILAWAH AL-QURAN |
| Wednesday, March 21 | | · | SPM 2011: DUA ORANG PELAJAR PEROLEH SEMUA "A" |
| Thursday, March 08 | | · | ATLET DESSO RAIH LAPAN EMAS MSSM DUNGUN KE-43 |
| Wednesday, March 07 | | · | STPM: DESSO CATAT KEPUTUSAN LEBIH MEMBERANGSANGKAN |
Artikel Lama
|
|
|  |
| Masa Pelita |  |
| Kategori Menu |  |
| Pautan Ilmu |  |
| Berita Utama |  |
| 
|